City mahu ulangi kejuaraan treble

City mahu terus memenangi seberapa banyak trofi musim depan.
City mahu terus memenangi seberapa banyak trofi musim depan.
A
A
A

BINTANG Manchester City, Rodri menegaskan Pep Guardiola masih bernafsu untuk mencapai lebih banyak kejayaan bersama kelab itu.

Rodri menjaringkan gol kemenangan pada Jun ketika City menewaskan Inter 1-0 memenangi Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam sejarah mereka.

Kemenangan di Istanbul itu memastikan treble berjaya dicapai kelab gergasi Inggeris itu menerusi juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan Liga Juara-Juara.

Ia juga menjadikan City pasukan kedua selepas Manchester United pada musim 1998-99 untuk mencapai kejayaan tersebut.

"Apa yang kami tahu, dia adalah salah seorang yang terhebat dan dia telah menunjukkan elemen itu tidak kira di mana sahaja dia berada.

"Itulah yang boleh saya katakan tentang dia. Dia mahu memenangi lebih banyak kejohanan pada tahun hadapan.

"Jadi ia sangat-sangat bagus untuk kami kerana rasa lapar ini penting untuk kami menang lagi," katanya.

City berpeluang meraih trofi pertama lebih awal apabila menentang Arsenal dalam perlawanan Perisai Komuniti di Stadium Wembley pada 6 Ogos.

"Kami mahu mengulangi kejuaraan treble. Apabila anda memulakan musim, kami sentiasa mahu memenangi segala-galanya. Ia adalah salah satu kejayaan paling ikonik kelab dalam sejarahnya.

"Kami sangat berbangga dengan apa yang kami lakukan. Tetapi kami tahu bahawa musim baharu akan datang dengan matlamat baharu. Kami menjangkakan untuk melakukannya sekali lagi, walaupun kami tahu ia akan menjadi sangat sukar," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!