TNB berbuka puasa bersama ketua-ketua pengarang media
KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) meraikan ketua-ketua pengarang media tempatan, dalam majlis berbuka puasa di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.
Majlis yang dihoskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB Amir Hamzah Azizan diadakan bertujuan mengeratkan hubungan kedua-dua belah pihak.
Ia juga bertujuan untuk memperkenalkan Amir Hamzah sebagai CEO baharu selepas dilantik pada April lalu.
Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman; Ketua Pegawai Strategi & Kawal Selia TNB; Datuk Fazlur Rahman Zainuddin, dan Ketua Pegawai Retail TNB Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan.
Sementara wakil media pula diwakili oleh Ketua Pengarang Sinar Harian Datuk Baharom Mahusin; Ketua Pengarang The Edge Azam Aris; Ketua Pengarang Kumpulan NST Abdul Rashid Md Yusof; Ketua Pengarang Berita Harian Khaidir A Majid; Pengarang Urusan Berita & Ehwal Semasa, Media Prima Datuk Manja Ismail; Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Zakaria Wahab; Pengarang Utusan Malaysia Datuk Zulkefli Hamzah dan lain-lain.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!