Angka kematian insiden rusuhan di penjara Ecuador meningkat

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

QUITO - Angka kematian akibat rusuhan di sebuah penjara di bandar pelabuhan Guayaquil di Ecuador pada hujung minggu, meningkat kepada 18 orang, kata Pejabat Peguam Negara (FGE) pada Selasa, lapor Xinhua.

"Kami mengesahkan kematian 18 banduan berikutan pertempuran yang berlaku pada Sabtu di Penjara Litoral, di Guayaquil," menurut hantaran FGE di media sosial.

Pada awalnya, lima banduan dilaporkan terbunuh dan 11 lagi cedera, termasuk seorang pegawai polis.

Sejak Polis Negara dan Angkatan Tentera mengambil alih kemudahan itu pada Selasa, pihak berkuasa telah "mengeluarkan mayat dan mengumpul bukti", kata FGE.

Presiden Ecuador Guillermo Lasso sebelum ini mengumumkan pasukan keselamatan telah mengambil alih kawalan di penjara itu selaras pengisytiharan darurat selama 60 hari di semua 36 penjara di seluruh negara.

Dekri itu berkuat kuasa Selasa bagi mengelak rusuhan di penjara yang lain. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!