Harga petrol, diesel kekal
SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel tidak berubah bagi tempoh 27 Julai hingga 2 Ogos.
Kementerian Kewangan memaklumkan, RON97 kekal pada paras RM3.37 seliter manakala RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).
"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran kedua-dua produk itu melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” kata kenyataan itu pada Rabu.
Kenyataan itu memberitahu bahawa, penetapan harga runcit mingguan produk petroleum adalah berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!