Sze Fei-Izzuddin tekad beri aksi terbaik

Sze Fei-Izzuddin - Foto: BADMINTON PHOTO
Sze Fei-Izzuddin - Foto: BADMINTON PHOTO
A
A
A

BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei mengakui dia dan Nur Izzuddin Rumsani bermula agak perlahan ketika menyingkap pusingan pertama Terbuka Jepun pada Rabu.

“Saya rasa dalam perlawanan tadi kami mulakan aksi dengan rentak permainan perlahan.

“Situasi itu menyebabkan kami agak lambat untuk mendapatkan rentak permainan,” katanya

Sebelum itu, Sze Fei-Izzuddin yang berada di kedudukan 38 dunia mara ke pusingan kedua kejuaraan Super 750 tersebut di Gimnasium Yoyogi, Tokyo, Jepun.

Sze Fei-Izzuddin mengesahkan kemaraan selepas menyingkirkan cabaran pasangan 34 dunia dari Jepun, Ayato Endo-Yuta Takei, 21-18, 21-15.

Dalam pada itu, Izzuddin berkata, mereka akan fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Dan sudah tentu sasaran kami di kejohanan ini adalah juara.

“Tapi akan akan melakukan persediaan terbaik untuk perlawanan seterusnya.”

Kemenangan itu membolehkan juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) tersebut berdepan beregu nombor tujuh dunia dari China, Liu Yiu Chen-Ou Xuan Yi di pusingan kedua.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!