Masjid al-Aqsa diceroboh

Peneroka haram menceroboh Masjid al-Aqsa sambil dikawal ketat pihak berkuasa Israel. - Agensi
Peneroka haram menceroboh Masjid al-Aqsa sambil dikawal ketat pihak berkuasa Israel. - Agensi
A
A
A

PULUHAN peneroka haram Israel yang dilindungi ketat tentera menceroboh pekarangan Masjid al-Aqsa di al-Quds, Kota Lama ketika keganasan rejim zionis terhadap penduduk Palestin semakin meningkat.

Agensi rasmi Palestin, Wafa berkata, peneroka yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan telah memasuki tapak suci itu melalui Pintu Mughrabi dan membuat provokasi dalam masjid.

Agensi menambah, peneroka melakukan ritual Talmud di bahagian timur Masjid al-Aqsa, yang sekali gus melanggar status quo tapak itu.

Tentera Israel juga dilihat mengawal ketat peneroka yang melakukan pencerobohan dalam masjid terbabit.

Pencerobohan peneroka Israel ke dalam Masjid al-Aqsa dan keganasan terhadap rakyat Palestin semakin meningkat sejak kabinet pelampau sayap kanan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengambil alih jawatan pada Disember lalu.

Tindakan seperti itu hampir berlaku dengan kerap atas arahan ketua kumpulan kuil yang disokong Tel Aviv dan polis Israel di al-Quds sehingga mencetuskan pertempuran dengan penduduk Palestin di perkarangan masjid.

Isu ini antara punca peningkatan keganasan antara peneroka Israel dan penduduk Palestin selama berdekad-dekad. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!