PN menang di Selangor, jika 90 peratus Melayu keluar undi - Muhyiddin
PETALING JAYA - Perikatan Nasional (PN) mampu menawan Selangor jika 90 peratus pengundi Melayu keluar mengundi.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peratusan kaum Melayu yang keluar mengundi masih rendah.
Menurutnya, berdasarkan rekod pilihan raya umum (PRU) yang lalu, hampir 30 peratus pengundi Melayu tidak keluar mengundi.
"Mungkin mereka yakin, PN boleh menang tapi angka 30 peratus itu adalah jumlah undi yang besar.
"Kalau pengundi tersebut keluar, kita akan dapat menangkan tiga ke empat kerusi lagi.
"Justeru, saya minta jentera PN untuk turun bertemu pengundi dan mengingatkan mereka menunaikan tanggungjawab berkenaan pada 12 Ogos ini," katanya pada malam Pengumuman Calon PN Selangor di Taman Medan pada Rabu.
Antara pemimpin yang hadir pada program tersebut ialah Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agong PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Pengerusi Gerakan Selangor, Teo Kian Feng.
Muhyiddin mengumumkan PN akan bertanding di kesemua 56 kerusi di Selangor diketuai Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang diletakkan di Hulu Kelang.
Pada majlis itu, Mohamed Azmin turut mengetuai bacaan ikrar tolak rasuah oleh calon PN.
Dalam pada itu beliau berharap, semua pihak terbuka menerima calon yang dipilih PN untuk bertanding pada PRN Selangor.
Ujarnya, keutamaan kini adalah bagi menyelesaikan masalah serta perjuangkan nasib rakyat Selangor dan bukannya untuk kepentingan diri sendiri.
"Kita pilih calon ini kerana percaya mereka akan menjadi juru bicara, bukan duduk diam diri dalam dewan dan tidak berkata apa-apa.
"Mereka perlu bertekad kerana ini adalah amanah yang ALLAH SWT berikan dan rakyat gunakan undi mereka untuk pilih wakil.
"Jika kita gagal menunaikan amanah dan tanggungjawab itu, hadapilah ALLAH SWT nanti akan dipersoal apa yang dibuat terhadap oramg yang dipimpin di bawah," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
PRN: Senarai calon Perikatan Nasional di Selangor
Senarai calon Perikatan Nasional bagi PRN Pulau Pinang
Senarai calon Perikatan Nasional bagi PRN Kedah
Tidak timbul isu 'lari' dari Bukit Antarabangsa - Azmin Ali
PRN Selangor: Bersatu tanding 31 kerusi DUN
PN umum tanding semua kerusi di tiga negeri
Rina antara tujuh calon wanita PN di Selangor
Bekas Rektor KUIS taruhan Pas di Paya Jaras
Azmin lawan Juwairiya di Hulu Kelang
Calon PN Selangor: Azmin tanding Hulu Kelang, Rina di Batu Tiga
PN Pulau Pinang pertaruh semula tiga bekas ADUN
PRN Kedah: Baddrol, Radhi Mat Din calon PN di Gurun, Alor Mengkudu
PRN Kedah: Sanusi terus pertahan Jeneri
PRN Kedah: PN calonkan semula majoriti penyandang DUN
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!