[VIDEO] 'Banyak kerja jahat dibongkar jika nak lihat saya digari' - Sanusi

A
A
A

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bertekad untuk mendedahkan lebih banyak isu salah guna kuasa sekiranya kerajaan ketika ini berhasrat untuk melihat beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sanusi yang juga calon bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu berkata, kerajaan ketika ini didakwa menggunakan kuasa untuk memberikan tekanan terhadap dirinya dan pentadbiran negeri Kedah.

Ujarnya, Kedah tidak pernah berdepan dengan situasi di mana kesemua barisan Exco dipanggil SPRM untuk memberikan keterangan.

Beliau berkata demikian bagi merujuk isu siasatan terhadap penerokaan unsur nadir bumi (REE) dan pembinaan litar lumba di negeri berkenaan.

“Isu REE telah menjalani semua proses siasatan termasuk kompaun RM500,000 dan bukan tidak pernah langsung disiasat.

“Kompaun pun sudah dibayar tetapi mereka masih tidak puas hati dan terus buat tangkapan kerana sengaja nak berikan gambaran ada kesalahan besar yang berlaku serta menimbulkan persepsi kerajaan negeri Kedah tidak bersih.

“Hasrat mereka yang paling besar untuk pastikan Sanusi pakai gari, pakai baju oren (lokap SPRM)... saya yakin akan ada kebangkitan lebih besar di seluruh negara kerana saya akan bongkar semua kerja jahat ini jika mereka berani pakaikan saya baju oren,” katanya.

Muhammad Sanusi - Foto Awani
Muhammad Sanusi - Foto Awani

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon-Calon Perikatan Nasional (PN) di Kompleks Pas Kedah pada Rabu.

Dalam pada itu, Sanusi turut menegaskan pendirian untuk mengambil tindakan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung dua kes fitnah.

Tindakan saman tersebut adalah berhubung isu dana Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) dan kecurian REE. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN:

PRN: Senarai calon Perikatan Nasional di Selangor

Senarai calon Perikatan Nasional bagi PRN Pulau Pinang

Senarai calon Perikatan Nasional bagi PRN Kedah

Tidak timbul isu 'lari' dari Bukit Antarabangsa - Azmin Ali

PRN Selangor: Bersatu tanding 31 kerusi DUN

PN umum tanding semua kerusi di tiga negeri

Rina antara tujuh calon wanita PN di Selangor

Bekas Rektor KUIS taruhan Pas di Paya Jaras

Azmin lawan Juwairiya di Hulu Kelang

Calon PN Selangor: Azmin tanding Hulu Kelang, Rina di Batu Tiga

PN Pulau Pinang pertaruh semula tiga bekas ADUN

PRN Kedah: Baddrol, Radhi Mat Din calon PN di Gurun, Alor Mengkudu

PRN Kedah: Sanusi terus pertahan Jeneri

PRN Kedah: PN calonkan semula majoriti penyandang DUN

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!