PRN: Beberapa jalan di Hulu Langat, Semenyih, Kajang, Bangi ditutup

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KAJANG - Beberapa jalan sekitar kawasan Hulu Langat, Semenyih, Kajang dan Bangi akan ditutup sementara bagi memastikan kelancaran pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN), pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, penamaan calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Dusun Tua akan diadakan di Dewan Al-Zamakhsyari Sekolah Agama Menengah Batu 10 Cheras, Hulu Langat.

"DUN N24 Semenyih pula akan diadakan di Dewan Kompleks Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Setia Ecohill Semenyih," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohd Zaid berkata, bagi DUN N25 Kajang akan diadakan di Dewan Seri Cempaka MPKj, Persiaran Saujana Impian, Kajang.

"Manakala DUN N26 Sungai Ramal dan DUN N27 Balakong akan diadakan di Dewan Utama Demesne, Kompleks Pentadbiran Daerah Hulu Langat, Bangunan Sultan Hishamuddin Alam Shah, Persiaran Pusat Bandar 1, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi," katanya.

Beliau berkata, bagi DUN N23 Dusun Tua, lokasi penutupan melibatkan jalan masuk ke kawasan sekolah.

"Jalan Hulu Langat dari arah Grand Saga menghala ke Balai Polis Batu 9 Cheras akan ditutup sebelah hala," katanya.

Menurutnya, DUN N24 Semenyih, Jalan Ecohill 1 bermula dari Persiaran Ecohill Timur sehingga ke bulatan Jalan Ecohill 1, laluan sebelah hala di tutup dan sebelah lagi dijadikan jalan dua hala.

"Bagi DUN N25 Kajang, Jalan Impian Perdana bermula dari lampu isyarat Persiaran Impian Perdana / Jalan Impian Perdana sehingga ke Jalan Impian Gemilang akan ditutup," katanya.

Mohd Zaid berkata, DUN N26 Sungai Ramal dan DUN N27 Balakong pula, Jalan Persiaran Pusat Bandar 1 bermula dari lampu isyarat persimpangan Jalan Persiaran Pusat Bandar 1 / Persiaran Bandar sehingga persimpangan lampu isyarat Persiaran Pusat Bandar 1 / Persiaran Kemajuan akan ditutup

"Jalan Persiaran Pusat Bandar 1 sehingga Jalan Medan Bangi juga akan ditutup," katanya.

Beliau berkata, kesemua laluan itu akan ditutup pada jam 6 pagi hingga 11 pagi hari sama.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif yang disyorkan bagi memastikan kelancaran lalu lintas semasa hari penamaan calon PRN berjalan dengan lancar.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda atau pandu arah dari petugas trafik," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!