Erbe World, CTOS, dan CelcomDigi jalin kerjasama strategik

Ahmad Maslan (tengah) bergambar bersama selepas sesi menandatangani perjanjian kerjasama strategik Lulus Apps antara ERBE,CTOS dan CelcomDigi di Hotel Double Tree by Hilton, pada Khamis.
Ahmad Maslan (tengah) bergambar bersama selepas sesi menandatangani perjanjian kerjasama strategik Lulus Apps antara ERBE,CTOS dan CelcomDigi di Hotel Double Tree by Hilton, pada Khamis.
A
A
A

ERBE World, CTOS dan CelcomDigi mengumumkan kerjasama strategik baharu untuk merevolusikan landskap perkhidmatan kewangan negara melalui aplikasi LULUS yang akan dilancarkan pada November depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Erbe World Holding, Datuk Muhammad Amir Abdullah berkata, aplikasi itu menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan komprehensif yang mempunyai akses kepada pelbagai pilihan bagi memenuhi keperluan unik mereka.

Menurutnya, LULUS akan bekerjasama dengan syarikat fintech, biro kredit dan institusi kewangan, yang akan meluaskan lagi jangkauan dan mempelbagaikan tawaran produk mereka.

"Menerusi aplikasi ini, pengguna boleh melakukan semakan pinjaman menggunakan teknologi canggih serta menerusi sumber data yang boleh dipercayai dan antara muka yang mesra pengguna.

Muhammad Amir
Muhammad Amir

"Perkhidmatan ini juga direka bentuk untuk memenuhi keperluan individu dan perniagaan, menyediakan laporan kelayakan pinjaman yang cepat, tepat dan boleh diakses.

"Setakat sekarang, pada tahun pertama saya menyasarkan 10 juta transaksi menerusi aplikasi ini," katanya sewaktu majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA), di sini pada Khamis.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ketua Pegawai Eksekutif CTOS, Eric Chin dan Ketua Ketua Kerjasama dan Perkongsian CelcomDigi, Azman Ramli.

Tambah beliau, buat masa ini juga beberapa bank akan bekerjasama dengan LULUS.

"Kita menyasarkan 21 bank akan terlibat sama membabitkan lima bank digital, koperasi kredit dan syarikat pinjaman lain.

"Untuk fasa kedua, pada tahun hadapan kita pihak kami akan memperkenalkan LULUS sebagai e-dompet dan fasa ketiga yang masih dalam perancangan iaitu menjalankan perniagaan pelaburan melalui aplikasi yang sama," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!