Remy Ishak kini bergelar bapa

Remy Ishak kini bergelar bapa setelah isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Remy Ishak kini bergelar bapa setelah isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
A
A
A

PELAKON Remy Ishak kini bergelar bapa setelah isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka di sebuah hospital terkemuka di ibu kota, pada Khamis.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 41, berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya.

“Alhamdulillah isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi, bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur,” ujarnya.

Dalam perkongsian sama, pelakon filem Harum Malam itu juga memaklumkan isteri dan anaknya dalam keadaan yang baik.

“Isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih atas kiriman doa dan ucapan tahniah,” katanya.

Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021, selepas saling mengenali selama tujuh tahun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!