Ekonomi Madani beri manfaat besar kepada masa depan negara - Khazanah

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)
A
A
A

SHAH ALAM - Ekonomi Madani yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal memberi manfaat terhadap masa depan negara terutamanya ketika berada dalam ketidaktentuan global, inflasi, perubahan iklim dan risiko geopolitik.

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dalam satu kenyataan memaklumkan, syarikat itu menyokong visi berkenaan dan berhasrat untuk turut sama merealisasikannya, seiring dengan strategi Memajukan Malaysia yang diusahakan oleh mereka.

Menurutnya, strategi tersebut juga menumpukan terhadap peningkatan kualiti hidup rakyat, transformasi ekonomi serta peningkatan daya saing negara.

“Kami juga telah mengambil langkah penting dalam memacu daya saing ekonomi dan daya tahan negara dengan memperuntukkan RM6 bilion bagi tempoh lima tahun Inisiatif Dana Impak yang melancarkan pelbagai program.

“Program yang dinyatakan ialah Future Malaysia Programme (FMP) bermatlamat untuk menyokong ekosistem pemula tempatan dan Future Malaysia Skills (FMS) tertumpu kepada pembangunan aliran bakat yang mampan melalui pelaburan terhadap peningkatan kemahiran dan kemahiran semula tenaga kerja dalam negara,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Anwar melancarkan Ekonomi Madani dengan menetapkan tujuh penanda aras sebagai sasaran jangka sederhana yang mahu dicapai sebelum 10 tahun.

Antara matlamat itu ialah menetapkan Malaysia untuk berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia dan Indeks Daya Saing Global di tangga ke 12 teratas dunia.

Justeru, menerusi kenyataan itu Khazanah memaklumkan pihaknya menyokong penuh pandangan Perdana Menteri untuk meningkatkan lagi perspektif serantau terhadap ekonomi Malaysia.

Tambahnya, tumpuan akan diteruskan dalam usaha mengukuhkan syarikat portfolio pelaburannya dan mengembangkan lagi kehadiran global sebagai pemain korporat yang aktif.

“Kami berusaha untuk menjana pertumbuhan yang mampan dalam syarikat-syarikat pelaburan untuk memastikan daya saing di peringkat global.

“Inisiatif utama untuk Khazanah adalah menerajui usaha pembinaan negara secara usahasama dengan UEM Group melalui platform pelaburan hijau baharu, bagi memacu agenda penyahkarbonan Malaysia dan memupuk ekonomi yang lebih hijau,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Bantuan khas RM300 kepada penjawat awam, RM200 pesara

Malaysia sasar di kedudukan 30 ekonomi terbesar dunia menjelang 2033

Kerajaan setuju tawar kredit e-tunai RM100 kepada rakyat

Kerajaan, GLIC labur RM1 bilion dana tambahan sokong syarikat pemula tempatan

Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat angkat dua tumpuan utama

Ekonomi Madani tetapkan tujuh penanda aras - PM

Ekonomi Madani: GLC & GLIC akan pacu pelaburan domestik

Ekonomi Madani kerangka utama ekonomi - Fahmi

KKDW, MOT bentang perincian Ekonomi Madani minggu depan

Gaji bermakna, kongsi kekayaan bina masyarakat saksama - PM

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!