Juruteknik maut disengat tebuan

Seorang juruteknik meninggal dunia dipercayai akibat disengat tebuan ketika melakukan kerja baik pulih kerosakan di sebuah pencawang komunikasi di Felda Gunung Bongsu, Karangan, Kulim, pada Rabu. - Gambar hiasan
Seorang juruteknik meninggal dunia dipercayai akibat disengat tebuan ketika melakukan kerja baik pulih kerosakan di sebuah pencawang komunikasi di Felda Gunung Bongsu, Karangan, Kulim, pada Rabu. - Gambar hiasan
A
A
A

KULIM - Seorang juruteknik meninggal dunia dipercayai akibat disengat tebuan ketika melakukan kerja baik pulih kerosakan di sebuah pencawang komunikasi di Felda Gunung Bongsu, Karangan, Kulim, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Redzuan Salleh berkata, Mohamad Hafizuddin Husim, 30, disahkan meninggal dunia pada jam 12.10 tengah malam ketika menerima rawatan di Hospital Kulim.

Kataya, polis menerima laporan kejadian itu yang dibuat rakan mangsa jam 3.30 pagi Khamis.

“Rakan mangsa memaklumkan, ketika kejadian (petang Rabu), mangsa sedang melakukan kerja baik pulih kerosakan di atas pencawang sebelum tiba-tiba diserang kawanan tebuan.

“Mangsa yang dalam keadaan lemah sempat turut dari pencawang dan terus dibawa ke sebuah klinik kesihatan untuk menerima rawatan.

“Doktor yang merawat mangsa kemudian meminta mangsa dihantar ke Hospital Kulim kerana keadaan mangsa agak tenat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Mohd Redzuan, bedah siasat mendapati mangsa maut disebabkan kejutan anafilaksis yang teruk akibat sengatan tebuan.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa diserahkan kepada keluarga sebelum dikebumikan di Derga, Alor Setar. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!