Inisiatif ibu kembali bekerja tingkatkan tenaga kerja wanita
KUALA LUMPUR - Inisiatif seperti pembiayaan program sokongan untuk menggalakkan ibu kembali bekerja dan penyediaan pusat jagaan kanak-kanak mampu milik dapat memainkan peranan memastikan penyertaan penuh wanita dalam pasaran buruh.
Inisiatif Penyelidikan Sosial dan Ekonomi (SERI) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, walaupun wanita muda memperlihatkan pencapaian luar biasa dalam pendidikan, penglibatan mereka dalam sektor tenaga kerja masih rendah dan tidak seimbang iaitu kira-kira 55.5 peratus berbanding golongan lelaki sebanyak 80.9 peratus.
"Ketidakseimbangan ini bukan hanya menjejaskan pertumbuhan ekonomi, tetapi lebih penting ia juga melemahkan prinsip kesaksamaan. Bagaimanapun, perubahan dasar ekonomi sahaja tidak cukup untuk meningkatkan pembabitan wanita dalam tenaga kerja.
"Inisiatif ini perlu dilengkapkan dengan agenda wanita yang lebih luas dengan meneliti dan menangani jurang sosial dan budaya yang menghalang kemajuan. Penyelesaian ekonomi tidak boleh dibuat dalam keadaan yang terkekang,” menurut kenyataan itu.
Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pelancaran inisiatif Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat mengumumkan pusat jagaan kanak-kanak mampu milik akan disediakan sebagai langkah meningkatkan kadar penyertaan wanita di alam pekerjaan.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata ia sebagai satu daripada inisiatif Ekonomi Penjagaan (Care-Ekonomy) dan kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi memudah cara proses pendaftaran taska dan pusat penjagaan kanak-kanak yang belum berdaftar di seluruh negara. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN:
Bantuan khas RM300 kepada penjawat awam, RM200 pesara
Malaysia sasar di kedudukan 30 ekonomi terbesar dunia menjelang 2033
Kerajaan setuju tawar kredit e-tunai RM100 kepada rakyat
Kerajaan, GLIC labur RM1 bilion dana tambahan sokong syarikat pemula tempatan
Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat angkat dua tumpuan utama
Ekonomi Madani tetapkan tujuh penanda aras - PM
Ekonomi Madani: GLC & GLIC akan pacu pelaburan domestik
Ekonomi Madani kerangka utama ekonomi - Fahmi
KKDW, MOT bentang perincian Ekonomi Madani minggu depan
Gaji bermakna, kongsi kekayaan bina masyarakat saksama - PM
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!