Dua pengintip Ukraine dihukum penjara 15 tahun
MOSCOW - Dua pengintip Ukraine dijatuhi hukuman penjara 15 tahun kerana mengintip dan terlibat dalam kematian askar Rusia di zon operasi tentera khas, lapor Sputnik memetik Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) Rusia pada Khamis.
"Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun masing-masing ke atas dua ejen perisikan Ukraine dengan hukuman dijalankan di Rusia.
"Mereka ditahan oleh Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia pada 2022 kerana disyaki mengintip dan terlibat dalam kematian askar Rusia serta pemusnahan peralatan ketenteraan di zon operasi khas,” kata FSB. - Bernama-Sputnik
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!