6 maut helikopter langgar wayar elektrik di Siberia

Helikopter jenis Mi-8 yang dilaporkan terhempas di Siberia. - Foto Agensi
Helikopter jenis Mi-8 yang dilaporkan terhempas di Siberia. - Foto Agensi
A
A
A

MOSCOW - Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di wilayah selatan Siberia di Altai yang mengorbankan enam orang.

Kementerian Situasi Kecemasan Rusia cawangan tempatan berkata, helikopter Mi-8 milik persendirian melanggar wayar elektrik semasa mendarat di kampung Tyungur sebelum terbakar.

Dalam kemas kini, kementerian itu mengatakan semasa kejadian, 16 orang berada di atas kapal, sembilan daripada mereka cedera manakala enam terbunuh.

Gambar dikeluarkan oleh kementerian menunjukkan anggota bomba sedang menarik keluar serpihan yang hangus.

Penyiasat Rusia berkata, siasatan terhadap pelanggaran peraturan keselamatan pengangkutan udara telah dilakukan bagi mengetahui punca nahas tersebut.

Kemalangan yang melibatkan pesawat dan helikopter yang digunakan secara meluas di kawasan terpencil dilaporkan kerap berlaku di Rusia, selalunya disebabkan oleh cuaca buruk, kesilapan manusia atau isu teknikal. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!