Anggota Jabatan Amal Pas Kelantan ditahan
KOTA BHARU - Seorang anggota Jabatan Amal Pas Kelantan ditahan bagi membantu siasatan kes penyebaran berita palsu di media sosial.
Lelaki yang juga seorang peniaga berusia 55 tahun itu ditahan semalam dan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk perintah reman.
Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki tersebut.
“Suspek ditahan semalam (Selasa) dan dikenakan perintah reman selama dua hari sehingga hari ini,” katanya hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Penahanan suspek tular di media sosial yang mengatakan seorang pegawai Pejabat ADUN Panchor ditahan polis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!