Islamofobia, isu kalimah ALLAH faktor rakyat pilih Pas

Kamaruddin pada Majlis Pengisytiharan calon PRU DUN ke-15 di sini pada Khamis.
Kamaruddin pada Majlis Pengisytiharan calon PRU DUN ke-15 di sini pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Situasi Islamofobia dan isu kalimah ALLAH SWT antara faktor yang mampu menarik pengundi untuk memilih Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN).

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor berkata, rakyat kini sensitif mengenai isu agama dan mahu mempertahankan Islam.

"Musuh kini sedang menguji sama ada kita sensitif terhadap saudara Islam terutama kejadian membakar al-Quran di Eropah dan isu kalimah ALLAH SWT," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan calon PRU DUN ke-15 di sini pada Khamis.

Selain itu, Kamarudin memberitahu, hasrat PN untuk menang di Kelantan bukan angan-angan kosong malah lebih bersemangat melihat ramai penyokong hadir pada pengisytiharan itu.

Katanya, sokongan di seluruh negara juga meningkat sebelum ini melalui pelbagai platform media sosial.

"Misi kita bukan untuk menang pilihan raya sahaja tetapi mahu mencegah perkara mungkar melalui jalan dakwah," katanya.

Justeru katanya, kuasa pemerintahan penting bagi membolehkan pemimpin gabungan parti itu hergerak dalam negara.

"Penerimaan ramai pengundi memberi semangat untuk mencapai kemenangan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

PRN: Senarai calon PN di Kelantan

PRN: Dua calon wanita taruhan PN-Pas di Kelantan

PRN: Tiada nama Annuar Musa di Kelantan

PRN: Penyandang kerusi DUN Gual Periok sah digugurkan

PRN: Nik Abduh tidak dicalonkan

Pas beri amaran ambil tindakan musuh dalam selimut

'Yakin bulan purnama di Kelantan'

Islamofobia, isu kalimah ALLAH faktor rakyat pilih Pas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!