Rakyat lega hala tuju Ekonomi Madani

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

STRATEGI kerajaan dalam mengemudi negara melalui pemerkasaan Ekonomi Madani boleh disimpulkan sebagai langkah yang dapat memberikan kelegaan kepada rakyat yang ternanti-nanti hala tuju pemerintah menentukan hala tuju ekonomi Malaysia.

Tujuh penanda aras yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis sebagai sasaran jangka sederhana yang mahu dicapai sebelum 10 tahun juga adalah dilihat sebagai visi yang realistik.

Sasaran untuk memberi tumpuan dalam menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia juga mampu dicapai kerana kita sudah mempunyai tapak yang kukuh dari sudut iklim pelaburan berbanding negara-negara lain.

Selain itu, langkah kerajaan bersama Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) melabur RM1 bilion dana tambahan secara padanan dengan dana swasta bagi menyokong syarikat pemula dan mendorong technopreneur dapat memberikan suntikan lebih agresif dalam menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab pemula serantau.

Bantuan-bantuan segera seperti kredit e-tunai kepada individu dewasa pendapatan RM100,000 setahun dan bantuan khas kepada penjawat awam juga langkah yang seharusnya disyukuri kerana dapat membantu meringankan beban golongan sasar.

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara ini yang mahukan ekonomi kita kembali pulih di landasan yang tepat seharusnya menyokong Ekonomi Madani yang digagaskan kerajaan Anwar.

Tanpa sokongan dan dukungan setiap peringkat masyarakat terutama penjawat awam, sudah pasti sasaran jangka sederhana yang ditetapkan itu akan menimbulkan kesulitan dan memberikan gangguan kepada pihak kerajaan.

Ketepikan persengketaan politik dan sama-sama bangunkan negara supaya dengan kesepakatan berkenaan setiap peringkat rakyat akan mendapat manfaat bersama yang akhirnya menguntungkan semua pihak.

Pemulihan ekonomi negara ketika ini adalah amat penting ketika ini kerana jika tidak, sampai bila rakyat akan terus terbeban dari sudut perbelanjaan dan kos sara hidup impak ekonomi negara yang tidak menentu.

Rakyat Malaysia juga seharusnya memberi ruang dan masa kepada kerajaan untuk berusaha membangunkan semula ekonomi agar tidak ketinggalan berbanding negara jiran lain.

ARTIKEL BERKAITAN:

Bantuan khas RM300 kepada penjawat awam, RM200 pesara

Malaysia sasar di kedudukan 30 ekonomi terbesar dunia menjelang 2033

Kerajaan setuju tawar kredit e-tunai RM100 kepada rakyat

Kerajaan, GLIC labur RM1 bilion dana tambahan sokong syarikat pemula tempatan

Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat angkat dua tumpuan utama

Ekonomi Madani tetapkan tujuh penanda aras - PM

Ekonomi Madani: GLC & GLIC akan pacu pelaburan domestik

Ekonomi Madani kerangka utama ekonomi - Fahmi

KKDW, MOT bentang perincian Ekonomi Madani minggu depan

Gaji bermakna, kongsi kekayaan bina masyarakat saksama - PM

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!