PH-BN lancar manifesto Kedah Madani

Ketua Setiausaha Sekretariat Perpaduan Nasional Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada Majlis Pengumuman dan Pengenalan Calon Serta Pelancaran Manifesto Perpaduan Negeri Kedah di Bandar Laguna, Merbok pada Khamis malam. - Foto Bernama
Ketua Setiausaha Sekretariat Perpaduan Nasional Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada Majlis Pengumuman dan Pengenalan Calon Serta Pelancaran Manifesto Perpaduan Negeri Kedah di Bandar Laguna, Merbok pada Khamis malam. - Foto Bernama
A
A
A

SUNGAI PETANI - Kerajaan Perpaduan Pakatan Harapan - Barisan Nasional (PH-BN) Kedah menggariskan empat teras utama dalam manifesto Kedah Madani sekiranya berjaya menawan negeri itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti.

Pengerusi Bersama Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, empat teras yang digariskan antaranya Reformasi politik dan urus tarbir yang telus; Pembangunan dan Pengurusan ekonomi yang progresif; Pembangunan sosial yang harmoni dan Pengurusan sumber hasil bumi yang mampan.

Menurutnya, manifesto berkenaan dilihat munasabah dan mampu dilaksanakan demi kepentingan rakyat Kedah yang progresif.

"Namun ia harus bermula dengan soal integriti dan tatakelola yang baik bagi memastikan supaya segala pengurusan hasil bumi negeri Kedah yang merupakan sumber kekayaan utama akan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh rakyat," katanya.

Hadir sama, Ketua Sekretariat Perpaduan Nasional, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pengumuman Calon serta Pelancaran Manifesto Kerajaan Perpaduan Negeri Kedah di Bandar Laguna Merbok pada Khamis.

Jelas Mahdzir, pengurusan dan tata kelola yang baik memerlukan pemimpin berpotensi dan berkebolehan untuk dilaksanakan.

"Maka ia sudah tentu memerlukan kepimpinan yang betul-betul jujur yang ada kemampuan dan keupayaan serta idea untuk mengetengahkan perubahan demi masa depan negeri," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!