Gagal selesai hutang, Sampdoria mula liga dengan -2 mata
SAMPDORIA menyingkap saingan Serie B Itali musim baharu dengan pemotongan dua mata selepas gagal membayar hutang tertunggak.
Blucerchiati berpusat di Genoa kendalian Andrea Pirlo diturunkan dari Serie A setelah mengakhiri kempen musim lalu tempat tercorot, berjaya melengkapkan pengambilalihan daripada Massimo Ferrero oleh kumpulan diketuai bekas pemilik Leeds United, Andrea Radrizzani bulan lalu.
Semasa era Ferrero, tarikh akhir menjejaskan tunggakan hutang termasuk pembayaran cukai dan caruman pencen pada Januari, Februari dan Mac 2023 telah melepasi masa ditetapkan pihak bertanggungjawab.
Tribunal Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) mengumumkan bahawa Sampdoria telah dikenakan pemotongan dua mata untuk musim Serie B 2023-24.
Ini bermakna Sampdoria akan memulakan musim dengan -2 mata dalam carta Serie B.
Kejuaraan Serie B dijadualkan bermula bulan depan, walaupun mungkin terdapat kelewatan selepas Reggina dan Lecco membuat rayuan terhadap pengecualian mereka daripada saingan tahap dua Itali tersebut.
Bagaimanapun drama di Stadium Luigi Ferraris itu mungkin bukan penamat kepada masalah bagi Sampdoria.
Ini selepas Ferrero juga sedang disiasat sebagai sebahagian daripada skandal yang melibatkan bayaran pemindahan untuk meningkatkan keuntungan modal.
Ia termasuk tujuh perpindahan antara Sampdoria dan Juventus dari 2019 hingga 2020, serta Blucerchiati juga sedang disiasat tentang cara bantuan kewangan semasa wabak Covid-19 digunakan sebelum ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!