Tukang cuci maut putus kepala jatuh tingkat 29

Mangsa maut dipercayai terjatuh dari tingkat 29 di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Khamis.
Mangsa maut dipercayai terjatuh dari tingkat 29 di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Khamis.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang tukang cuci yang dipercayai terjatuh tingkat 29 bangunan perniagaan di Bandar Utama, di sini pada Khamis, maut dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya terputus.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sepasukan anggota Balai Polis Damansara telah ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 3.05 petang.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati satu mayat lelaki warga asing berusia 43 tahun terbaring di bahagian tepi bangunan dalam keadaan kepala terputus daripada badan.

"Siasatan awal mendapati lelaki itu bekerja sebagai tukang cuci di sebuah restoran di tingkat 29 bangunan itu.

"Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki itu kelihatan berada di balkoni pada jam 2.46 petang sebelum dipercayai terjatuh dari balkoni itu," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mayat lelaki itu telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Tambahnya, kepada sesiapa yang melihat atau berada di lokasi kejadian menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Fatin Afifa Shahpri di talian 013-7353589 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!