[VIDEO] Lebih banyak lagi akan diumumkan untuk rakyat
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengumumkan lebih banyak lagi butiran dan dasar yang akan dilaksanakan di bawah kerangka Ekonomi Madani.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, naratif ekonomi yang dilancarkan akan menjadi panduan untuk membangunkan ekonomi negara dan pelaksanaan dasar ekonomi di bawah pentadbiran Kerajaaan Perpaduan.
"Apa yang diumumkan hari ini, sebenarnya kerangka sahaja. Akan ada banyak lagi butiran yang akan diumumkan dan dilaksanakan selepas ini," katanya eksklusif kepada Sinar Harian pada Khamis.
Menurutnya, dalam kerangka tersebut, terdapat tujuh penanda aras ditetapkan sebagai sasaran jangka sederhana yang perlu dicapai sebelum 10 tahun termasuklah menjadikan Malaysia antara 30 ekonomi terbesar dunia.
"Ia menjadi panduan kepada (pentadbiran kerajaan Persekutuan) untuk mencapai visi sebagai sebuah negara yang berkedudukan integriti lebih baik dari segi indeks rasuah, lebih berdaya saing, penglibatan ramai wanita di dalam sektor pekerjaan dan sebagainya," ujar beliau.
Selain itu Anthony berkata, satu kajian semula Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan turut diadakan.
"Akan ada dasar perindustrian baharu yang akan diumumkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) tidak lama lagi.
Ini semua menjurus kepada menyokong kerangka Ekonomi Madani yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Bantuan khas RM300 kepada penjawat awam, RM200 pesara
Malaysia sasar di kedudukan 30 ekonomi terbesar dunia menjelang 2033
Kerajaan setuju tawar kredit e-tunai RM100 kepada rakyat
Kerajaan, GLIC labur RM1 bilion dana tambahan sokong syarikat pemula tempatan
Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat angkat dua tumpuan utama
Ekonomi Madani tetapkan tujuh penanda aras - PM
Ekonomi Madani: GLC & GLIC akan pacu pelaburan domestik
Ekonomi Madani kerangka utama ekonomi - Fahmi
KKDW, MOT bentang perincian Ekonomi Madani minggu depan
Gaji bermakna, kongsi kekayaan bina masyarakat saksama - PM
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!