A Aida tuntut 'Datuk S' bayar hutang RM1.3 juta

A Aida meluahkan rasa kesal apabila tuntutan hutang dibuat tidak diendahkan.
A Aida meluahkan rasa kesal apabila tuntutan hutang dibuat tidak diendahkan.
A
A
A

PENERBIT sensasi, Datuk A Aida bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas seorang individu bergelar Datuk kerana didakwa gagal melunaskan hutang berjumlah RM1.3 juta.

Menurut A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, lelaki yang dikenali sebagai Datuk S itu sebelum ini datang berjumpa kerana mahu membuat pinjaman.

"Dia datang berjumpa saya sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lalu dan berkongsi hasratnya untuk menjalankan satu perniagaan.

“Namun dia kekurangan modal dan memerlukan bantuan kewangan daripada saya dengan menjadikan perniagaan resort miliknya sebagai cagaran.

“Pendek cerita, projek diusahakannya itu gagal dan saya menuntut janji yang telah dipersetujui,” katanya.

Tambah pemilik produksi A Aida Productions itu lagi, individu berkenaan bagaimanapun memberikan pelbagai alasan apabila beliau menuntut janji tersebut.

Susulan itu, A Aida sudah pun berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Kepada Datuk S, bayar cepat duit saya RM1.3 juta. Masa nak duit janji macam-macam, lepas tu tak nak bayar. Janji nak bagi itu dan ini, bila kita minta kata tak boleh. Tunggu saya nak bincang dengan peguam.

“Sampai ke lubang cacing saya akan cari. Jangan ingat boleh terlepas, negara kita ada undang-undang. Kena ajar spesies penipu ini,” luahnya pada satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!