Pan-gon elak bereksperimen lagi

Pan-gon
Pan-gon
A
A
A

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak akan terus bereksperimen dengan memanggil muka baharu pada perlawanan persahabatan September ini.

Menurut Pan-gon, beliau akan cuba untuk mengekalkan barisan sedia ada terutama pemain utama Harimau Malaya untuk membentuk keserasian dan taktikal yang lebih baik menjelang perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bermula November depan.

“Kami sudah memperkenalkan ramai pemain muka baharu dan kita akan tengok nanti bagaimana.

“Saya suka memperkenalkan muka baharu. Tetapi, sebelum kejohanan penting, kita tidak boleh buat banyak perubahan," katanya.

Dalam aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan D bersama bersama Oman, Kyrgyzstan dan pemenang antara Taiwan atau Timor Leste.

Selain itu, skuad negara juga dalam persiapan menghadapi Piala Asia di Qatar pada Januari depan.

Dalam pada itu, Pan-gon turut mengakui sudah boleh memuktamadkan pasukan untuk dijadikan lawan pada aksi persahabatan September ini selepas mengetahui lawan di pusingan kedua tersebut.

“Semuanya sudah jelas, mungkin dalam masa terdekat kita akan putuskan lawan untuk aksi persahabatan.

“Mungkin juga ada perubahan jadual yang telah dirancang terutama untuk mengharungi Piala Asia pada Januari,"katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!