Lelaki samun bekas isteri direman lima hari
TEMERLOH - Seorang lelaki ditahan reman selama lima hari bermula hari ini selepas disyaki menyamun bekas isterinya dengan menggunakan pisau di hadapan Masjid Felda Jenderak Utara pada 26 April lalu.
Penolong Pendaftar, Hayatul Hafifi mengeluarkan perintah tahanan itu di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan selepas suspek yang berusia 32 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah Temerloh hari ini.
Difahamkan pada hari kejadian, suspek berkenaan telah menahan isteri dan dua anaknya yang menaiki motosikal sebelum mengacu pisau ke leher mangsa.
Suspek yang telah bercerai kira-kira tiga tahun dengan isterinya kemudian merampas wang tunai berjumlah RM400 dan telefon bimbit dibawa mangsa dengan nilai keseluruhan RM1,000.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!