Budak 'Spider-Man' melekat di dinding sambil tonton televisyen

Budak perempuan di China boleh melekat di dinding sambil menonton rancangan di televisyen. - Agensi
Budak perempuan di China boleh melekat di dinding sambil menonton rancangan di televisyen. - Agensi
A
A
A

BEIJING - Seorang wanita di China baru-baru ini berkongsi video anak perempuannya melekat pada sudut dinding ketika sedang menonton rancangan kegemarannya di televisyen.

Dalam video itu, gadis itu boleh dilihat memanjat dinding menggunakan tangan dan kakinya, sama seperti adiwira Spider-Man.

Dia juga memegang alat kawalan jauh televisyen sambil memanjat dinding. Peliknya, budak perempuan itu turut menemui cara untuk kekal berkepit di sudut dinding dekat dengan siling rumahnya.

Difahamkan, gerakan ini tidak mudah dan memerlukan banyak latihan dan kekuatan badan.

Menurut artikel oleh Wired, teknik ini dianggap sebagai langkah parkour yang boleh dilakukan dengan bergantung pada jarak antara dua dinding.

Teknik ini berkait rapat dengan daya geseran dan daya normal terhadap daya graviti.

Untuk melakukannya, seseorang mesti menggunakan daya dari tangan dan kaki mereka serta menggunakan daya geseran dari dinding untuk menentang graviti yang menarik kita ke bawah.

Itulah sebabnya seseorang mesti menggunakan kedua-dua tapak tangan dan tapak kaki mereka melekat ke dinding selain menggunakan kekuatan mengimbangi diri mereka untuk memanjat dinding. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!