PN tunai solat hajat sebelum penamaan calon Paya Jaras
SHAH ALAM - Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras, Datuk Dr Ab Halim Tamuri bersama kira-kira 50 penyokong menunaikan solat hajat sebelum menuju ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Kenangan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, pada Sabtu.
Solat hajat bermula jam 7.50 pagi di Bilik Operasi Utama PN DUN Paya Jaras di Shah Alam.
Ab Halim lengkap berbaju Melayu warna biru tiba di Bilik Operasi PN pada jam 7.30 pagi tadi.
Beliau bersama penyokong sebelum berarak ke Dewan Kenanga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, dilihat bersemangat melaungkan 'Selangor Baharu' dan takbir.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan turut hadir di dewan berkenaan bagi memberi sokongan kepada Ab Halim.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!