Mahdzir, Ridzwan beriringan serah borang penamaan calon

Mahdzir dan Ridzwan berjalan seiring untuk menyerahkan borang penamaan calon.
Mahdzir dan Ridzwan berjalan seiring untuk menyerahkan borang penamaan calon.
A
A
A

KUALA NERANG - Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid berjalan beriringan dengan calon DUN Kuala Nerang, Ridzwan Abu Bakar tiba di pusat penamaan calon pada jam 8.39 pagi.

Pengerusi BN Kedah itu dan Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah nasional diiringi lebih 600 penyokong sambil melaungkan "kalih bagi sama".

Suasana kedua-dua penyokong tenang sementara menunggu proses penamaan calon yang akan ditutup pada jam 10 pagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!