PRN: Calon BN Khizri bakal berdepan Sanusi di DUN Jeniri

Calon BN bagi kerusi DUN Jeneri, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim tiba di pusat penamaan calon pada jam 8.38 pagi di Pejabat Daerah Dan Tanah, Sik. - Foto Awani
Calon BN bagi kerusi DUN Jeneri, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim tiba di pusat penamaan calon pada jam 8.38 pagi di Pejabat Daerah Dan Tanah, Sik. - Foto Awani
A
A
A

SIK - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim tiba di pusat penamaan calon pada jam 8.38 pagi di Pejabat Daerah Dan Tanah, Sik.

Beliau yang mengenakan baju Melayu bewarna biru hadir diiringi pencadang dan penyokongnya sebelum memasuki dewan bagi penyerahan borang pencalonan.

Muhamad Khizri yang juga Ketua UMNO Bahagian Sik bakal berentap dengan penyandang kerusi berkenaan ketika ini, Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor yang juga Menteri Besar Kedah.

Ketibaan beliau turut diarak oleh penyokongnya yang masing-masing membawa bendera BN dan Pakatan Harapan (PH) yang dianggarkan seramai 500 orang.

Kedah merupakan antara enam negeri yang akan terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini.

Lima negeri lain ialah Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!