PM iringi calon PH-BN ke SMK Sungai Pusu

Anwar mengiringi calon PH-BN DUN Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang.
Anwar mengiringi calon PH-BN DUN Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang.
A
A
A

GOMBAK - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi calon Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari; DUN Gombak Setia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan DUN Hulu Kelang, Juwairiya Zulkifli.

Beliau tiba sekitar jam 9 pagi sebelum berarak lebih 100 meter menuju ke Pusat Penamaan Calon Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu.

Calon dan penyokong PH-BN berkumpul di Himpunan Perpaduan Gombak dan mula berarak jam 8.30 pagi.

Antara pemimpin yang dilihat hadir memberikan sokongan ialah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Maklumat awal diperoleh Amirudin bakal berdepan Muhammad Hanif Jamaluddin (PN-Pas), Megat Zulkarnain bersaing dengan penyandang DUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham manakala Juwairiya menentang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!