Cuaca cerah di kebanyakan pusat penamaan calon, hujan di Alor Setar

Anggota PDRM dibantu anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) membuat kawalan ketat di jalan utama memasuki Pusat Penamaan Calon PRN bagi DUN N.30 Kijal di Dewan Sivil Kijal pada Sabtu. - Foto Bernama
Anggota PDRM dibantu anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) membuat kawalan ketat di jalan utama memasuki Pusat Penamaan Calon PRN bagi DUN N.30 Kijal di Dewan Sivil Kijal pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Cuaca pada awal pagi ini, dilaporkan cerah dan baik di kebanyakan lokasi pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Antara kawasan dilaporkan cerah ialah Shah Alam dan Kuala Selangor, Selangor; Pasir Mas, Gua Musang dan Tumpat (Kelantan); Sik (Kedah) serta Sikamat (Negeri Sembilan).

Sementara beberapa kawasan di Alor Setar, Kedah pula dilaporkan hujan bermula jam 7.45 pagi.

Selain itu, cuaca di sekitar pusat penamaan calon di Kijal, Terengganu dilaporkan mendung dengan keadaan berkabus dan berangin.

Seawal jam 7 pagi, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta pasukan keselamatan mula berkumpul dan diberi taklimat tugasan di pusat penamaan calon sebelum ia dibuka pada jam 9 pagi.

Selain daripada penyokong parti kepada calon bakal bertanding, tidak ketinggalan juga adalah petugas media yang hadir sejak awal pagi di pusat-pusat penamaan calon untuk membuat liputan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!