Proses penamaan calon DUN Pasir Pekan, Wakaf Bharu aman

Calon-calon bagi kerusi DUN Pasir Pekan dan Wakaf Bharu menanti untuk penyerahan borang pencalonan di Dewan SMK Agama Falahiah, Pasir Pekan pada Sabtu.
Calon-calon bagi kerusi DUN Pasir Pekan dan Wakaf Bharu menanti untuk penyerahan borang pencalonan di Dewan SMK Agama Falahiah, Pasir Pekan pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Penamaan calon bagi N03 Pasir Pekan dan N04 Wakaf Bharu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Falahiah, Pasir Pekan berlangsung secara aman setakat jam 10 pagi.

Tiada sebarang provokasi dan penyokong juga mengikut arahan yang ditetapkan oleh anggota keselamatan sepanjang proses awal penamaan calon.

Dua calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob (Pas) dan Zamakshari Ibrahim (PKR) manakala dua calon DUN Wakaf Bharu, Mohd Rusli Abdullah (Pas) serta calon BN, Abdul Mannan Mad Said dilihat tiba lebih awal bersama penyokong mereka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan waktu penyerahan kesemua borang tamat pada jam 10 pagi.

Ahmad menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi pada penamaan calon di SMK Agama Falahiah, Pasir Pekan pada Sabtu.
Ahmad menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi pada penamaan calon di SMK Agama Falahiah, Pasir Pekan pada Sabtu.

Zamakshari menyerahkan borang pada jam 9.02 pagi manakala Ahmad Yakob menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi.

Kesemua calon akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan pada 12 Ogos depan.

Lima lagi negeri yang mengadakan PRN ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!