Mesyuarat Kabinet Negeri pertama kali di Sandakan
SANDAKAN - Mesyuarat Kabinet Negeri Sabah yang diadakan di sini hari ini adalah yang pertama kali diadakan di luar Kota Kinabalu sejak penubuhan kerajaan baharu negeri Sabah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempengerusikan mesyuarat Kabinet itu yang dihadiri oleh jemaah menteri negeri yang diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah di Batu 6 Jalan Labuk.
Mesyuarat Kabinet negeri kebiasaannya diadakan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di Kota Kinabalu.
Mohd Shafie tiba pada 11 pagi selepas mengadakan tinjauan mesra di Pasar Umum Sandakan bersama calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!