N24 Jeneri: Satu lawan satu
SIK - Pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri menyaksikan pertembungan satu lawan satu membabitkan penyandangnya daripada Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) DUN Jeneri, Mahamad Suhaimi Man mengumumkan hanya Muhammad Sanusi dan Khizri yang mengemukakan pencalonan mereka sebelum ditutup secara rasmi pada jam 10 pagi.
"Saya telah menyemak kertas-kertas penamaan dan setelah selesai disemak saya berpuas hati dan tiada yang ditolak kertas penamaannya," katanya.
Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi Jeneri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) selepas menewaskan penyandang BN, Mahadzir Abdul Hamid dan calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Nazri Abu Hassan dengan majoriti 2,455 undi.
DUN Jeneri mempunyai 35,079 pengundi yang layak dengan lebih 90 peratus daripadanya adalah Melayu
Bagi DUN Belantek pula turut berlaku pertandingan dua penjuru membabitkan calon baharu PN, Ahmad Sulaiman selepas penyandangnya Datuk Mohd Isa Shafie meninggal dunia pada 14 Jun lalu.
Ahmad akan berdepan dengan calon Pakatan Harapan (PH) Mazli Saipi.
Sementara itu Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Belantek, Mohd Hilmi Marzuki mengumumkan telah menerima dua pencalonan sebelum ditutup secara rasmi pada jam 10 pagi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohd Isa menewaskan penyandang BN Datuk Mohd Tajudin Abdullah dan calon PH Abdul Rashid Abdullah dengan majoriti 2,574 undi.
Kerusi itu mempunyai 28,006 pengundi yang layak dengan lebih 90 peratus pengundi adalah Melayu.
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!
Penamaan calon PRN Kedah
Ini adalah bebenang!#KuasaRakyat#SinarHarianpic.twitter.com/WMFVuvE6MO
— SinarHarian (@SinarOnline) July 28, 2023
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!