PRN P.Pinang: Bekas ahli tanding Bebas tidak jejas kempen DAP

Kon Yeow bersalaman dengan penyokongnya semasa penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota pada Sabtu.
Kon Yeow bersalaman dengan penyokongnya semasa penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota pada Sabtu.
A
A
A

GEORGETOWN - Kempen pilihan raya DAP Pulau Pinang tidak akan terjejas dengan dua bekas ahli parti itu yang bertanding sebagai calon Bebas, kata Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang itu berkata, setakat ini pihaknya juga tidak menerima sebarang maklumat mengenai tindakan memboikot daripada mana-mana penyandang yang tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

"Cuma ada dua kawasan yang ahli parti bertanding sebagai Bebas tetapi tindakan ini tidak akan menimbulkan masalah sebab kita ada sumber dan jentera di semua peringkat untuk melancarkan kempen PRN ini," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, secara tradisinya, kempen pilihan raya DAP Pulau Pinang diadakan secara berpasukan iaitu di bawah parlimen yang sama dan jarang dilakukan secara berasingan.

Sementara itu, Kon Yeow menyeru kepada penyokong dan pengundi untuk terus memberikan sokongan kepada parti dengan menilai prestasi kerajaan negeri di bawah DAP sepanjang 15 tahun khususnya lima tahun terakhir di bawah pimpinan beliau selaku Ketua Menteri.

Terdahulu, Kon Yeow diumum sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota berdepan calon Perikatan Nasional (PN) H’ng Khoon Leng daripada Gerakan dalam pertembungan satu lawan satu.

Penyandang kerusi DUN Bagan Dalam, Satees Muniandy dan Ketua Cawangan DAP Kampung Jawa, Autocity David Marshel mengumumkan keluar parti dan bertanding atas tiket Bebas masing-masing di DUN Bagan Dalam dan DUN Perai. - Bernama

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!