PRN: PH-BN mesti menang, pastikan Amirudin kekal tadbir Selangor
GOMBAK - Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) perlu menang di Selangor bagi memastikan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari meneruskan pentadbiran cemerlang di negeri itu.
Calon PH-BN Gombak Setia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, Amirudin telah membawa Selangor ke satu tahap membanggakan.
Beliau berkata, pihaknya tidak hanya akan menumpukan kempen di Gombak Setia kerana perlu memastikan PH-BN menyapu bersih 56 kerusi di Selangor.
"Ini penting kerana PRN Selangor bukan sekadar pilihan raya tetapi penentu kepada masa depan dan hala tuju negeri serta kemakmuran rakyat.
"Jangan kita rugikan undi terutama anak muda yang perlu dijauhkan dari politik adu domba, kata nista dan fitnah serta politik kebencian tidak sihat di Selangor.
"Kita juga perlu pastikan generasi muda bersama politik positif yang akhirnya boleh membawa keselesaan kepada rakyat Selangor," katanya selepas selesai proses penamaan calon DUN Gombak Setia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu pada Sabtu.
Gombak Setia menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Megat Zulkarnain (PH-BN), Muhammad Hilman Idham (PN) dan Mohamed Salim Mohamed Ali (Bebas).
Beliau berkata, Selangor perlu kekal di bawah pentadbiran PH-BN bagi memastikan sealiran dengan pentadbiran pusat untuk meneruskan agenda kemakmuran yang dibawa.
Dalam pada itu, Ketua Perhubungan UMNO Selangor itu berkata, pihaknya terbuka untuk menerima pelawaan mana-mana pihak bagi penganjuran debat terbuka membabitkan calon-calon di Gombak Setia.
"Saya tiada masalah untuk terima debat terbuka bersama calon-calon lain, kerana ini juga adalah salah satu cara kemuka tawaran kepada pengundi serta rakyat yang boleh membuat penilaian.
"Jangan kita lihat pentas debat ini medium untuk mengkritik atau mengaib sesiapa.
Pada saya, saya sokong medium seperti ini (debat) jika dipersetujui oleh calon-calon lain," katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi perarakan membawa tiga calon PH-BN ke pusat penamaan calon Sungai Pusu.
PH-BN meletakkan calon DUN Sungai Tua, Amirudin manakala Gombak Setia, Megat Zulkarnain dan Hulu Kelang, Juwairiya Zulkifli.
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!
Calon PRN Selangor
N16 Sungai Tua
Datuk Seri Amirudin Shari (PH-BN)
Muhammad Hanif Jamaluddin (PN)
Bebas
G Suman (Bebas)
N17 Gombak Setia
Datuk Megat Zulkarnain Omardin (PH-BN)
2) PN Muhammad Hilman Idham (9.03 am)
1) Mohamed Salim Mohamed Ali (Bebas)
N18 Hulu Kelang
1) Juwairiya Zulkifli (PH-BN)
2) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN)
Penamaan calon PRN Selangor
— SinarHarian (@SinarOnline) July 28, 2023
Ini adalah bebenang!#KuasaRakyat#SinarHarianpic.twitter.com/fL5Il4Wwe2
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!