Mane setuju sertai Al Nassr

MANE
MANE
A
A
A

BAYERN Munich dilaporkan sudah bersetuju dengan tawaran daripada Al Nassr untuk membeli Sadio Mane daripada kelab itu.

Al Nassr telah berunding dengan juara Bundesliga itu untuk mendapatkan Mane selepas bintang Senegal itu gagal menyerlah sejak berpindah dari Liverpool musim panas lalu.

Al Nassr dilaporkan telah menawarkan £32juta (RM187 juta) untuk Mane dan mereka yakin mampu mendapatkan pemain itu sebelum hujung minggu ini.

Mane juga difahamkan sudah bersetuju untuk menyertai pasukan dibintangi Cristiano Ronaldo itu dan menjadi pemain keempat dibeli Al Nassr pada jendela perpindahan kali ini selepas Marcelo Brozovic, Reuben Neves dan Seko Fofana.

Sebelum ini, Presiden Bayern, Herbert Hainer menyifatkan persembahan Mane di kelab Jerman itu sebagai tidak memuaskan dan sedia melepaskannya.

Bekas penyerang Liverpool itu menjaringkan 12 gol dalam 38 penampilan untuk Bayern, namun kemudiannya terpaksa diketepikan akibat kecederaan pada November yang turut menghalangnya beraksi di Piala Dunia.

Mane mempunyai baki dua tahun dalam kontraknya dengan Bayern, tetapi selepas musim pertama yang mengecewakan dan dilanda kecederaan bersama juara Bundesliga itu, kedua-dua pihak telah memutuskan untuk berpisah selepas hanya satu musim.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!