PRN: Sanusi 'steady' salam penyokong BN
SIK - Personaliti popular sepanjang musim pilihan raya negeri (PRN) dari Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membuat langkah berani dan 'gentleman' apabila bersalaman dengan barisan penyokong Barisan Nasional (BN) sebaik sahaja selesai proses penamaan calon.
Sebaik penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri dari Perikatan Nasional (PN) bergerak menuju ke kem pihak lawan, beliau menerima sorakan tentangan daripada penyokong BN.
Hasrat Sanusi untuk bersalaman dengan seramai mungkin penyokong BN, bagaimanapun, tidak dapat diteruskan ekoran terdapat segelintir penyokong yang mula menunjukkan perasaan kurang senang.
Bagi mengelakkan keadaan bertambah tegang, polis turut mengawal keadaan Sanusi demi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak dingini berlaku.
Susulan itu, Sanusi yang diringi polis menuju ke blok PN dan disambut dengan laungan takbir sebagai tanda sokongan terhadap beliau.
Terdahulu, Sanusi sebaik tiba di pusat penamaan calon turut mencuri tumpuan apabila sekali lagi membuat aksi lambaian tangan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada penyokong BN. - Awani
ARTIKEL BERKAITAN:
'Pengantin ada dalam' - Sanusi
'Kalau Sanusi kalah, seluruh Malaysia kenal saya' - Khizri
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!