[VIDEO] 'Saya akan beri satu soalan setiap hari kepada Saifuddin' - Sanusi
SIK - Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan memberikan soalan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk dijawab setiap hari.
Sanusi yang merupakan calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri mendakwa Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) itu 'sangat' rajin menyiasat termasuk kes yang telah selesai.
"Saya ada soalan tiap-tiap hari untuk dia (Saifuddin), sehari satu-satu, saya janji...dia rajinkan siasat itu siasat ini, yang tak perlu dan dah disiasat pun, dia siasat lagi, dia rajin, kita bagi dia kes untuk disiasat," katanya.
Sanusi berkata demikian selepas pengumuman rasmi calon bagi DUN Jeneri di Pusat Penamaan Calon Pejabat Tanah dan Daerah Sik pada Sabtu.
Beliau yang juga penyandang akan berhadapan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu memenangi kerusi DUN Jeneri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selepas menewaskan penyandang, Mahadzir Abdul Hamid (BN) dan Mohd Nazri Abu Hassan (PKR).
Dalam perkembangan lain, Sanusi mendakwa Saifuddin menggunakan jentera kerajaan bagi kempen politik adalah tidak sepatutnya berlaku.
"Kelmarin pun dia kempen di Langkawi guna Jabatan Imigresen 'check in' hotel... saya tahu, 15 bilik ambik tata kelolo, tak boleh tau program parti guna agensi kerajaan itu salah, saya tak pernah buat kerja itu, tak boleh diterima oleh rakyat Malaysia," dakwanya.
Terdahulu menerusi Facebook beliau, Sanusi turut memuat naik gambar invois tempahan hotel atas nama Jabatan Imigresen di Langkawi.
Dalam pada itu, Sanusi turut menjangkakan proses kempen selama dua minggu ini akan berlaku fasa serangan yang berterusan terhadap dirinya.
"Seranglah apa pun kan. Saya boleh jawab saya jawab, yang tak boleh jawab saya serah ALLAH," katanya.
Sanusi dalam masa sama menegaskan akan meneruskan saman undang-undangnya terhadap Saifuddin berhubung kenyataan terakhir yang mendakwa beliau terlibat dalam kecurian mineral nadir bumi (REE).
“Hari itu dia menuduh saya mencuri REE tetapi kemudian dia berkata dicuri. Bukankah perkataan yang berbelit itu? Semua orang tahu,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
'Pengantin ada dalam' - Sanusi
'Kalau Sanusi kalah, seluruh Malaysia kenal saya' - Khizri
PRN: Tiga MB antara calon berdepan saingan satu lawan satu
PRN: Sanusi 'steady' salam penyokong BN
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!