PN janji selesaikan isu kenaikan kos sara hidup dalam manifeso PRN
BERITA MOJO 29 JULAI 2023
Perikatan Nasional (PN) berjanji akan memberikan tumpuan menyelesaikan masalah kenaikan kos sara hidup termasuk isu lonjakan harga barang dan inflasi dalam manifesto pilihan raya negeri (PRN) koalisi itu di enam negeri, lapor wartawan Sinar Harian, Raiham Mohd Sanusi.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya juga akan memberi fokus kepada isu masalah pekerjaan, pendapatan rakyat (yang masih rendah), kesihatan, pendidikan, perumahan, isu perubahan iklim, alam sekitar dan infrastruktur.
Jelasnya, secara umumnya ia berkaitan usaha untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi supaya peluang-peluang pekerjaan lebih banyak dan tempat kediaman dibina untuk orang yang tiada rumah.
Ini semua ada terkandung dalam manifesto (PN) yang akan dilancarkan di semua enam buah negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/270775/berita/politik/pn-janji-selesaikan-isu-kenaikan-kos-sara-hidup
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo #PilihanRayaNegeri #PenamaanCalon #kuasarakyat #PRN2023