PRN: PN tidak mengalah dengan mudah - Hadi

Abdul Hadi ketika sidang media selepas majlis pengumuman penamaan calon di Dewan Kenangan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, di Shah Alam, pada Sabtu.
Abdul Hadi ketika sidang media selepas majlis pengumuman penamaan calon di Dewan Kenangan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, di Shah Alam, pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang meminta penyokong parti Perikatan Nasional (PN) untuk terus memberi sokongan kepada calon mereka bagi pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan 12 Ogos ini.

Beliau berkata, ditambah lagi dengan prestasi Pakatan Harapan (PH) dalam mentadbir negara amat bercelaru.

"Banyak penyelesaian dan janji yang tidak boleh dilakukan serta ditunaikan.

"Kemenangan insya-ALLAH dicapai... kita takkan mengalah dengan mudah menghadapi parti PH dalam kerajaan.

"Rakyat bersama kita terutama gelombang golongan muda yang banyak membantu kita dalam PRU yang lalu," katanya pada sidang media selepas majlis pengumuman penamaan calon di Dewan Kenangan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, di Shah Alam, pada Sabtu.

Tambah Abdul Hadi, persiapan menghadapi PRN telah dibuat lebih awal maka ia tidak menjadi masalah untuk menggerakkan jentera.

Katanya, PN bertanding di semua kerusi di enam negeri PRN yang mana Pas, 126 kerusi; Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) (83) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) (36).

Pada Sabtu, Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara, menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara PH, PN dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Tiga calon berkenaan membabitkan Izuan Kassim (PH), Mohd Radzlan Jalaludin (PN) dan Sivarajan Arumugam (PSM).

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!