4 maut, 13 cedera terkena renjatan elektrik

Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala lebih 13 lagi cedera akibat terkena renjatan elektrik semasa perarakan keagamaan di Jharkhand, timur India pada Sabtu. - Gambar hiasan
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala lebih 13 lagi cedera akibat terkena renjatan elektrik semasa perarakan keagamaan di Jharkhand, timur India pada Sabtu. - Gambar hiasan
A
A
A

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala lebih 13 lagi cedera akibat terkena renjatan elektrik semasa perarakan keagamaan di Jharkhand, timur India pada Sabtu, lapor Xinhua.

Insiden berlaku di perkampungan Khetko di daerah Bokaro, iaitu kira-kira 100 kilometer timur laut Ranchi, Jharkhand.

Beberapa orang yang membawa bendera, terkena renjatan elektrik apabila wayar bervoltan tinggi terkena paip besi bendera berkenaan hingga mengakibatkan letupan.

Empat orang maut, manakala 13 mangsa yang cedera dihantar ke hospital, menurut seorang pegawai kanan polis di Bokaro.

Pihak polis mengarahkan siasatan terhadap kejadian itu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!