'Kerajaan Perpaduan bukan zalim, tidak tepati janji' - TPM

Ahmad Zahid ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti-parti Komponen Kerajaan Perpaduan Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Kota Bharu pada Sabtu.
Ahmad Zahid ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti-parti Komponen Kerajaan Perpaduan Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Kota Bharu pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Kerajaan Perpaduan bukanlah zalim dan tidak menepati janji.

Menurutnya, kerajaan tetap akan melaksanakan segala projek, peruntukan yang diumumkan termasuk di negeri yang kalah pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.

"Kita akan lakukan yang terbaik, tetapi mesti berpegang kepada hadis nabi sahih.

"Tidak namanya bersyukur kepada ALLAH jika tidak berterima kasih kepada yang memberi, yang memberi adalah Kerajaan Madani, Kerajaan Perpaduan," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.

Sebelum itu beliau hadir merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti-parti Komponen Kerajaan Perpaduan Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Kota Bharu di Pejabat UMNO Kelantan dekat sini pada Sabtu.

Menurut beliau, jangan persoalkan bahawa pihaknya akan melakukan perkara negatif tetapi soal kepada individu itu sendiri sama ada berterima kasih pada yang memberi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!