19 calon Muda sah bertanding PRN

Tangkap layar ciapan Amira Aisya di Twitter.
Tangkap layar ciapan Amira Aisya di Twitter.
A
A
A

SHAH ALAM - Kesemua 19 calon daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sah bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) yang dijadualkan berlangsung pada 12 Ogos depan.

Timbalan Presidennya, Amira Aisya Abdul Aziz memaklumkan, pihak mereka telah menghantar senarai nama berkenaan semasa proses penamaan calon pada Sabtu.

“19 calon Muda telah selamat dinamakan hari ini, saya doakan yang terbaik untuk semua calon Muda,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa berharap agar PRN kali ini dapat membawa politik yang bersih dan sihat selain memfokuskan kepada dasar, polisi serta perkhidmatan.

Ujarnya, segala kesalahan yang dilakukan semasa proses pilihan raya berlangsung itu perlu ditegur dan diperbetulkan untuk kebaikan bersama.

“Yang salah kita tegur, yang betul kita angkat.

“Berikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia, Insya-ALLAH, Dia tentukan semuanya,” kata beliau.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!