Anak Speaker Dewan Rakyat akui tidak tertekan

Mohammed Firdaus (kiri) bersama Baddrol yang bakal bersaing bagi merebut kerusi DUN Gurun pada PRN Kedah 12 Ogos depan.
Mohammed Firdaus (kiri) bersama Baddrol yang bakal bersaing bagi merebut kerusi DUN Gurun pada PRN Kedah 12 Ogos depan.
A
A
A

GURUN - Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun, Mohammed Firdaus Johari mengakui tidak merasa tertekan dalam usaha memastikan Pakatan Harapan (PH) terus mengekalkan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, 12 Ogos depan.

Anak kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul itu berkata, selepas sekian lama turun padang, medan PRN menjadi platform buat dirinya untuk terus memperbaiki diri dan berkhidmat kepada rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah itu berkata, bapanya yang merupakan penyandang kerusi DUN Gurun turut berpesan kepadanya agar berkerja kuat untuk rakyat selain berani menghadapi cabaran.

"Dia (ayah) ada telefon supaya saya buat yang terbaik dan ingat pesannya bahawa semua yang kita buat untuk rakyat akan dibalas kebaikan oleh ALLAH SWT," katanya semasa di Dewan Lestari Guar Chempedak dekat sini pada pagi Sabtu.

Pada PRU14, Johari menang dengan 10,732 undi di kerusi DUN Gurun menewaskan Datuk Boey Chin Gan dari Barisan Nasional (6,525 undi), Muzaini Azizan dari Pas (5,257 undi) dan calob Bebas, M Palaniappan (167 undi).

Mengulas mengenai pertandingan satu lawan satu bertemu calon Perikatan Nasional yang merupakan bekas pemain bola sepak, Baddrol Bakhtiar pula, beliau berharap politik matang dapat ditunjukkan oleh kedua pihak.

"Saya mengalukan lawan saya yang bertanding iaitu Baddrol Bakhtiar dan mengucapkan selamat maju jaya.

"Ayuh marilah kita sama-sama menunjukkan politik yang matang anak muda supaya di luar sana pengundi generasi pelapis baharu dapat melihat matangnya politik yang dibawa oleh kedua kami.

"Perkara ini akan menjadi satu ikutan kepada anak-anak muda," ujar beliau.

Beliau turut berharap supaya kedua-dua belah pihak menjauhi politik serang-menyerang sebaliknya lebih menumpukan kepada agenda yang akan dibawa dalam memastikan pembangunan setempat.

Beliau berkata, pihaknya akan menumpukan kepada aspek kebajikan rakyat di Gurun melalui program-program yang akan dilaksanakan.

"Keduanya kita akan tumpukan kepada anak muda dari segi peluang kerjaya untuk bawa mereka keluar daripada kemiskinan," ujarnya.

Tiada tekanan yang dirasai oleh calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun, Mohammed Firdaus Johari pada Pilihan Raya Negeri Kedah kerana niatnya setiap kali keluar daripada rumah adalah untuk membantu rakyat.

Timbalan Pengarah Strategi PKR Kedah itu berkata, bapanya, Tan Sri Johari Abdul yang merupakan penyandang kerusi DUN Gurun dan dimenanggi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu memberikan pesanan agar berkerja kuat untuk rakyat selain berani menghadapi cabaran.

Ujarnya, pesanan tersebut membuatkan dirinya sentiasa rasa bersemangat untuk turun padang dan melakukan yang terbaik untuk rakyat di Gurun.

"Dia (ayah) ada telefon dia kata Firdaus buat yang terbaik ingat pesan ayah semuanya kita buat untuk rakyat dan segalanya akan dibalas kebaikan oleh ALLAH SWT," katanya semasa di Dewan Lestari Guar Chempedak, dekat sini pada pagi Sabtu.

Pada PRU14, Johari yang kini merupakan Speaker Dewan Rakyat menang dengan 10,732 undi menewaskan Datuk Boey Chin Gan dari Barisan Nasional (6,525 undi) Muzaini Azizan dari Pas (5,257 undi) dan calob bebas, M Palaniappan (167 undi).

Mengulas mengenai pertandingan satu lawan satu bertemu calon Perikatan Nasional yang merupakan bekas pemain bolasepak, Baddrol Bakhtiar pula, beliau berharap politik matang dapat ditunjukkan oleh kedua pihak.

"Saya mengalukan lawan saya yang bertanding iaitu Baddrol Bakhtiar dan mengucapkan selamat maju jaya.

"Ayuh marilah kita sama-sama menunjukkam politik yang matang anak muda supaya di luar sana pengundi generasi pelapis baharu dapat melihat matangnya politik yang dibawa oleh kedua kami. Perkara ini akan menjadi satu ikutan kepada anak-anak muda," ujar beliau.

Mohammed Firdaus berkata, selepas sekian lama turun padang, medan PRN menjadi platform buat dirinya untuk terus membaiki dan menambah nilai politik khidmat yang dibawa oleh beliau sebelum ini.

"Sebab di bawah ini kita banyak melakukan politik khidmat dan kita kurangkan berpoliti serang menyerang sebab kita fokus kepada rakyat di bawah.

"Bagi kali ini kita akan tambah nilai program-program kita tumpu kepada faktor kebajikan rakyat di Gurun dan keduanya adalah anak muda yang kita akan tumpukan kepada peluang kerjaya anak muda untuk bawa mereka keluar dari kemiskinan," katanya lagi.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!