Rusia larang eksport beras sehingga 31 Disember 2023

Gambar hiasan - Foto123RF
Gambar hiasan - Foto123RF
A
A
A

MOSCOW - Kerajaan Rusia mengenakan larangan ke atas eksport beras dan oat sehingga 31 Disember 2023 bagi mengekalkan kestabilan pasaran domestik, lapor Sputnik.

"Kerajaan telah mengenakan larangan sementara ke atas eksport beras dan oat. Sekatan itu akan berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2023.

"Keputusan itu dibuat untuk mengekalkan kestabilan dalam pasaran domestik," menurut kenyataan kerajaan Rusia di Telegram pada Sabtu.

Bagaimanapun, larangan itu tidak menjejaskan negara anggota Kesatuan Ekonomi Eurasia, Ossetia Selatan dan Abkhazia.

Menurut kerajaan Rusia, bekalan beras dan oat masih boleh dihantar ke luar negara untuk bantuan kemanusiaan, serta dalam rangka kerja pengangkutan transit antarabangsa. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!