PRN Selangor: 74 permit kempen, ceramah diluluskan

Semua pihak terlibat dalam perjalanan PRN ini diminta agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Gambar hiasan.
Semua pihak terlibat dalam perjalanan PRN ini diminta agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan sebanyak 74 permit bagi mengadakan kempen serta ceramah pilihan raya negeri (PRN) di Selangor setakat ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemantauan dijalankan pihaknya dalam memastikan ketenteraman awam dan kelancaran sepanjang berlangsungnya PRN di negeri ini.

"Hasil pemantauan dijalankan mendapati keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat ini, sebanyak 34 kempen dan 30 ceramah diadakan dengan permit yang sah.

"Setakat ini juga tiada laporan polis diterima berkaitan sebarang kekecohan atau provokasi sepanjang tempoh PRN sehingga kini," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, semua pihak terlibat dalam perjalanan PRN ini diminta agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

"Semua calon dan penyokong parti politik diminta sentiasa menjaga keharmonian sepanjang PRN ini.

"Elakkan daripada menyentuh sebarang isu sensitif terutamanya berkaitan 3R (agama, raja dan kaum)yang mana boleh mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam," katanya.

Pada Sabtu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan agar semua calon yang bertanding pilihan raya negeri (PRN) mendapatkan kebenaran polis dan kelulusan permit sebarang program atau ceramah.

Beliau menjelaskan langkah ini perlu diambil bagi memastikan kelancaran dan ketenteraman awam semasa kempen diadakan dan tidak berlakunya pertembungan antara calon yang bertanding.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!