Nama besar sertai TikTok Awards
KUALA LUMPUR - TikTok Awards' People's Choice yang julung kali diadakan di Malaysia akan menghimpunkan nama-nama besar dalam kalangan pencipta kandungan di negara ini.
Platform sosial dan video pendek utama itu dalam satu kenyataan memaklumkan, anugerah berkenaan dibuat untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada pencipta ‘luar biasa’ sehingga menjadikan TikTok sebagai medium penyebaran maklumat yang positif serta bermanfaat kepada masyarakat.
“Anugerah TikTok ini adalah acara tahunan terbesar yang kita anjurkan untuk meraikan kejayaan pencipta Malaysia yang telah memberi impak besar dengan cerita dan bakat mereka yang kreatif, memberi inspirasi serta pendidikan.
“Bagi menjayakan anugerah ini, orang ramai boleh menunjukkan sokongan dengan mengundi pencipta kandungan kegemaran mereka di TikTok bermula dari 15 Ogos hingga 26 Ogos 2023 mengikut kategori yang dipertandingkan,” menurut kenyataan itu pada Ahad.
TikTok Awards' People's Choice akan menampilkan pelbagai kategori, antaranya Creator Of The Year, Rising Star of The Year, Popular Creator of the Year, Celebrity of The Year, Popular Animation Account of The Year, LIVE Creator Of The Year dan TikTok Shop Creator of the Year.
Calon-calon bagi kategori Creator Of The Year ialah khairulaming, bossjames_oe, lawyergandhi, auntiepurple248, sallywhoo dan ceddyornot manakala Rising Star of The Year pula menampilkan gastonpong, ikhmaln0ur, penceritatv, zarul.hafiz, chefdaveveganjourney serta yuki_dance.
Kategori Popular Creator of the Year pula akan ditandingi drbengee, alexhkf, sofyank96, ryanbakery, gigicheoh dan itsjovynn sementara Celebrity of The Year akan disaingi aerilzafrel8, jannanickofficial, dollaofficial, sitinordiana84, hairul_azreen88 serta zizanrazak869.
Popular Animation Account of The Year pula akan menyaksikan persaingan antara yimotapir, upinipin.official, boboiboy, officialejenali, papapipi dan official_didiandfriends manakala kategori LIVE Creator Of The Year akan ditandingi garyislit_, quehaidar, hafizalonggs, wafiy_aan, tigerlabu serta ervan818.
TikTok Shop Creator of the Year pula akan menjadi rebutan antara anaszahrin, tangsiewsiang, vicky.littlewolf, dapur_mahir, watermummy_oe dan dearcarynn.
“Pengguna TikTok yang menetap di Malaysia juga boleh menjadi sebahagian daripada acara terbesar kami dengan menyerahkan penyertaan anugerah mereka untuk kategori Judge's Pick.
“Mereka hanya perlu berkongsi kisah inspirasi sendiri di TikTok dari 30 Julai hingga 14 Ogos 2023 dengan hashtag #RoadtoTikTokAwardsMY untuk dikira sebagai penyertaan.
“Peserta juga akan bertanding untuk memenangi Telefon Pintar HONOR 90 (12 512GB). Maklumat lanjut tentang kempen #RoadtoTikTokAwardsMY boleh didapati di https://vt.tiktok.com/ZSL9kB5fo/,” jelasnya.
TikTok Malaysia juga akan mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur pada 15 Ogos depan untuk mengumumkan calon bagi kategori Judge's Pick serta barisan penghibur, pengacara dan hakim untuk anugerah berkenaan.
Hari kemuncak TikTok Awards' People's Choice akan berlangsung pada 27 Ogos depan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!