Enam terkorban pesawat terhempas di Rocky Mountains Kanada

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

OTTAWA - Sebuah pesawat ringan terhempas di Rocky Mountains di Calgary, Kanada pada Jumaat, mengorbankan enam orang, lapor Xinhua pada Sabtu.

Polis berkata, lima penumpang dan seorang juruterbang berada di dalam pesawat itu.

Pesawat malang itu berlepas dari Lapangan Terbang Springbank kira-kira 8.45 malam (0145 GMT Sabtu) menuju ke Salmon Arm, British Columbia dan hilang dari radar kira-kira 30 minit kemudian.

Menurut laporan, serpihan pesawat bersama enam mayat ditemukan kira-kira 7.30 pagi (1230 GMT) Sabtu di kawasan pergunungan kira-kira 100 kilometer barat Calgary.

Identiti mangsa tidak diumumkan dan punca nahas sedang disiasat. - Bernama/Xinhua

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!